azrulfauzi21
4 tahun
Adakah itu serangan jantung
Saya lelaki berusia 24tahun… saya ade masalah kawal tekanan darah tinggi(asyik nak marah je). Tiga hari lepas saya ade berbasikal secara mengejut(dh lama xbersenam).saya berbasikal pun dalam keadaan marah. Sejak smlm,dada saya ni rasa laen mcm.td berjalan sikit pun dh penat,tercungap2,bernafas pun agak susah pastu nak muntah2 n mual. Tapi lepas saya rehat,saya rasa ok sikit.esoknya pun terjadi benda yg sama. Adakah itu tanda saya sudah ade serangan jantung? Tapi saya muda lagi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Paru-paru berair
- Serangan asma
*Refluks asid atau GERD - Radang tulang rusuk
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk makluman anda, masalah jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda mempunyai faktor risiko untuk penyakit tersebut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































