
Anonymous
2 tahun
Adakah itu Tanda siflis?
Hai doc saya lelaki 30 an,sya bagun pagi tadi masa hendak membuang air kecil,Ada Nanah yg sikit di kepala Zakar sya,Walau Bagaimana pun ianya tidak sakit bila sya membuang air kecil,tapi bila sya hendak buang air kecil lagi nanah yg kedua itu cair dan sikit saje…tapi dia tidak sakit adakh itu Tanda seflis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut.
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, simtom yang mungkin mereka hadapi pada mulanya adalah rasa pedih ketika membuang air kecil serta keluar cecair jernih, setelah beberapa hari, cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah. Kadang kala, jangkitan merebak hingga ke bahagian epididemis dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian scrotum yang selalunya berlaku pada salah satu bahagian sahaja.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih