
beabiancagebu
5 tahun
Adakah itu tanda2 saya mhidapi pcos
Hello doc… saya wanita berusia 40an,saya mengalami kenaikan beat badan yang mendadak… sebelum ini berat saya 48kg dalam masa 6bulan berat saya skrg 66kg, rambut saya pun sering gugur, adakah ini tanda2 saya menghidapi pcos

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tiroid yang berkurangan
- PCOS
- Hormon steroid yang berlebihan, Penyakit Cushing
- Inborn Error metabolism
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.