
Sulit
4 tahun
Adakah jamu boleh kill vitamins dalam supplements?
Doktor, adakah jamu dari bahan2 semulajadi seperti manjakani, kacip fatimah, akar serapat, kayu manis dan sebagainya can kill the vitamin dalam supplement yg kita consume? Dalam supplement tu ada, mixberry, collagen peptides, vit c, delima and n-acetylcysteine…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, terdapat tiada lagi kajian menyatakan bahawa makanan-makanan tersebut boleh berinteraksi atau menghilangkan kesan makanan tambahan yang anda perihalkan di atas. Namun, kami sarankan anda untuk bergantung kepada pemakanan makananan semula jadi yang mengandungi zat-zat dan nutrisi seperti yang terdapat dalam makanan tersebut kerana ia memberikan kurang kesan sampingan berbanding peggunaan makanan tambahan.
Kami harap ini menjawab soalan anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.