
Sulit
4 tahun
Adakah Jamu Mutyara boleh kill vitamins dari supplements yg kita ambil?
Doktor, adakah pengambilan jamu iaitu Jamu Mutyara yg mengandungi bahan2 semulajadi seperti manjakani, kacip fatimah, akar serapat, halia, kayu manis dan sebagainya boleh kill vitamins dari supplements yg kita consume? Antara ingredients dalam supplements saya itu adalah mixberry, collagen peptides, ascorbic acid (vit c), delima and n-acetylcysteine…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, jamu seperti yang dinyatakan oleh anda iaitu Jamu Mutyara di atas tidak mungkin bakal mengganggu vitamin dalam supplemen. Namun, info yang anda berikan adalah kurang lengkap dan kami perlu lebih banyak maklumat daripada anda.
Anda dinasihati untuk mengamalkan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.