
Stefani
6 tahun
Adakah jika mengambil ubat cegah hamil selepas 4 hari bersama terlalu lambat?
hello n good evening dr. i just wanna ask about pregnant. jika kita ingin merancang kehamilan,dengan mengambil ubat cegah hamil selepas 4 hari bersama,adakah dia terlalu lambat utk diambil. ? dan dimana untuk ambil ubat cegah hamil tersebut?

6 tahun
Salam sejahtera. Untuk mencegah kehamilan selepas hubungan seks tidak terlindung (UPSI), kontraseptif kecemasan perlu digunakan. Walau bagaimanapun, terdapat jangka masa tertentu kontraseptif-kontraseptif ini perlu digunakan bagi ia berkesan. Terdapat pelbagai jenis kontraseptif kecemasan seperti:
1.Levonogestrel merupakan pil perancang kecemasan yang mengandungi progestogen, hormon yang berfungsi menghalang ovulasi (pelepasan telur dari ovari). Anda perlu mengambil pil ini selewat-lewatnya 3 hari selepas UPSI. Ia boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti muntah, kesakitan payudara, gangguan haid dan sakit perut.
2.Ulipristal acetate (UA) berfungsi menundakan atau mencegah ovulasi melalui penjejasan fungsi progesteron. UA perlu diambil selewat-lewatnya 5 hari selepas selepas hubungan seks tidak terlindung.
3.IUCD ialah alat kontraseptif dalam rahim yang mengandungi kuprum. Ia boleh digunakan dalam tempoh masa 5 hari selepas UPSI. IUCD membantu menghalang sperma daripada mensenyawakan telur dan menghalang penanaman telur yang sudah disenyawakan di rahim. Ia merupakan sejenis kontraseptif jangka lama dan adalah sesuai bagi pengguna yang tidak mahukan ubat hormon, terlambat mengambil levonogestrel/UA, atau inginkan kontraseptif kecemasan yang paling efektif.
Buat masa kini, anda boleh mempertimbangkan ubat UA atau IUCD. Ubat UA boleh didapati daripada klinik, hospital atau farmasi.