
Sulit
4 tahun
Adakah kami mendapat jangkitan hiv sekiranya kami melakukan hubungan intim buat kali pertama tanpa mengunakan kodom?
Saya pernah melakukan hubungan intim bersama pasangan tanpa menggunakan kondom, adakah saya dan pasangan berisiko tinggi untuk mendapat hiv sekiranya kami berdua sebelum ini negatif dan mengadakan hubungan ini buat kali pertama? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, “Human Immunodeficiency Virus” (HIV) merupakan sejenis virus yang menyerang sel-sel imun yang mempertahankan tubuh manusia daripada jangkitan. Risiko bagi penularan HIV melalui hubungan seksual kali pertama bagi pasangan yang kedua duanya negatif adalah tiada risiko walaupun tiada kondom digunakan.
Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.
Bagi HIV untuk ditularkan melalui ciuman, ciuman tersebut haruslah mendalam, dengan mulut terbuka dan pencium HIV-positif serta pasangannya perlu mempunyai luka dalam mulut atau gusi berdarah. Darah pasangan HIV-positif perlu memasuki aliran darah pasangan HIV-negatif bagi jangkitan HIV untuk berlaku. HIV tidak boleh ditularkan melalui air liur atau ciuman dengan mulut tertutup.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih