
yaryonghwa95
5 tahun
Adakah kantung akan kelihatan
Saya ingin bertanya mengenai kandungan luar rahim. Adakah kantung akan kelihatan ketika scan jika kandungan itu luar rahim ?
Terimakasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa lokasi untuk kandungan luar rahim. Oleh itu, berdasarkan lokasi tersebut, kandungan luar rahim mungkin akan dapat dikesan melalui ultrasound scan atau tidak. Selain itu, untuk masalah kandungan luar rahim, ujian darah secara berperingkat bagi memeriksa tahap hormon hCG perlu dilakukan sebelum membuat sebarang kesimpulan. Hormon hCG merupaka hormon yang tinggi tahapnya dalam wanita mengandung.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.