
Tina
6 tahun
Adakah kegatalan ini disebabkan hormonatau masalah kulit
Saya hanya mengalami kegatalan seolah2 macam kurap di bahagian tepi faraj dan bahagian punggung selepas haid sahaja. Saya menjaga kebersihan di bahagian v. Tukar tuala wanita selalu. Selalu keringkan bahagian v selepas buang air. Adakah ini disebabkan hormon atau masalah kulit? Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera. Ketika haid, perubahan tahap hormon serta peningkatan tahap kelembapan di kawasan kemaluan akibat tuala wanita menjejaskan keseimbangan jumlah bakteria dan kulat di faraj. Terdapat juga penyakit lain yang juga boleh menyebabkan ruam.
Penyakit kurap- Ia disebabkan oleh jangkitan kulat dan biasanya berlaku di lipatan kulit yang berpeluh banyak seperti ketiak, pangkal paha, alat kelamin, punggung dan tapak kaki. Jangkitan ini menyebabkan ruam yang bersisik, gatal-gatal dan kemerahan.
Penyakit vaginosis bakteria- Ia disebabkan oleh peningkatan luar biasa jumlah sejenis bakteria dalam faraj yang menyebabkan jangkitan dan simptom-simptom seperti kegatalan, lendir/ keputihan, bahagian kemaluan yang berbau, sakit ketika kencing atau rasa pedih.
Ruam haba- Peluh berlebihan dan saluran peluh yang tersumbat menyebabkan keradangan dan ruam. Ia boleh terjadi sekiranya anda memakai pakaian ketat atau menggunakan krim tebal. Seringkali ia berlaku di kawasan yang tergeser seperti paha dalaman. Ia boleh hilang sendiri selepas kulit terjejas disejukkan.
Atopic dermatitis- Ia adalah penyakit kulit kronik yang lebih dikenali sebagai ekzema. Ekzema biasanya mula berlaku pada siku dan lipatan lutut tetapi mungkin merebak ke bahagian lain. Simptom-simptom termasuk gatal-gatal, kulit bersisik, kulit kering dan kemerahan.
Kontak dermatitis - Ia disebabkan oleh pendedahan kepada ‘irritant’ seperti tuala wanita, sabun, peluntur, krim, lateks dan juga bahan pakaian tertentu.
Seperti yang dilihat, ruam boleh disebabkan oleh hormon atau penyakit kulit. Oleh sebab rawatan penyakit-penyakit adalah berbeza, anda patut mengunjungi doktor anda untuk mendapatkan diagnosis tepat supaya boleh mendapatkan rawatan yang paling sesuai.