
Zarina
6 tahun
Adakah keputihan ini normal
Assalam dokter, saya mahu bertanya tentang keputihan yang saya alami sehari sbelum haid dan keputihanya bwarna putih cair serta berbau hanyir telur putih…adakah ia normal?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda. Untuk pengetahuan puan, terdapat keputihan fisiologi dan keputihan patologik. Ia adalah penting untuk wanita untuk ada pengetahuan asas untuk membezakan kedua-dua keputihan ini supaya mereka tahu bila untuk mendapatkan rawatan di klinik. Keputihan fisiologi ini normal, berlaku selalunya bila wanita mengalami kesuburan ataupun sekitar menstruasi. Ia tidak menunjukkan gejala penyakit dan lendir ini berwarna putih atau krim. Ia juga keluar sikit sahaja dan tidak berbau atau menyebabkan kegatalan di kesulitan. Ia petanda yang normal kerana hampir semua wanita mengalaminya. Sebaliknya, keputihan patologik ini disebabkan jankitan kuman dan perlu rawatan. Keputihan patologik ini lendirnya bersifat lebih kental, warna kuning, kelabu atau hijau, juga berbau busuk dan selalunya menyebabkan kegatalan di bahagian faraj. Sekiranya anda tidak mengalami gejala ini, maka anda tidak perlu risau dengan keputihan yang anda alami.

6 tahun
Waalaikumsalam. Terima kasih di atas soalan anda.
Keputihan membolehkan saluran reproduktif wanita kekal steril dan bebas daripada jangkitan pada pH tertentu. Keputihan adalah terbahagi kepada dua iaitu fisiologik dan patologik:
1- Keputihan yang normal atau fisiologik biasanya adalah berwarna putih atau krim, tidak menyebabkan
kegatalan dan tidak berbau.
2- Keputihan yang patologik atau berpenyakit pula biasanya berwarna kuning, hijau atau coklat menyebabkan rasa gatal dan juga berbau hanyir. Ini berlaku apabila bakteria flora normal vagina melebihi jumlah bakteria lain yang seterusnya menyebabkan perubahan keasidan.
Penggunaan antibiotik dan steroid, pil perancang keluarga, douching, penyakit kencing manis, jangkitan klamidia, trichomoniasis atau bacterial vaginosis adalah punca-punca yang biasa berlaku dalam keputihan yang berpenyakit. Jangkitan yang mungkin dalam situasi anda adalah klamidia, jangkitan yis atau gonorea. Untuk mengetahui puncanya, saya cadangkan anda berjumpa doktor.
Untuk memastikan ia tidak tersebar kepada orang lain, anda dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari seks sehingga dos antibiotik habis. Saya juga cadangkan untuk mengelakkan menggunakan pencuci intim wanita dan douching kerana ini mengubah pH vagina. Selain itu, jika anda mempunyai beberapa pasangan, pastikan mereka diuji untuk penyakit kelamin.

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Cirir-ciri keputihan fisiologik ialah:
• Lendir yang cair dan tidak melekat
• Berwarna putih atau krim
• Tiada bau
• Jumlah yang sedikit
• Hanya semasa subur dan sebelum haid
• Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
• Lendir yang kental dan melekat
• Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
• Berbau busuk
• Jumlah yang banyak
• Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
• Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya anda mengalami keputihan patologik, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera.