
zaimazman123
5 tahun
Adakah kerap onani menhyebabkan kemandulan
Adakah kerap onani menyebabkan kemandulan,kdg2 pancutan air mani yang keluar dari zakar saya sedikit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kegiatan onani (Masturbation) merupakan sejenis kaedah untuk mencapai kepuasan seksual dengan meraba alat sulit sehingga mencapai klimaks. Perbuatan ini bukanlah penyumbang kepada masalah mandul.
Antara keburukan melakukan gejala onani adalah:
- Kecutan bahagian zakar
- Erectile dysfunction
- Ejakulasi pramatang
- Cepat kelihatan tua.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.