
wbn9238
5 tahun
Adakah kesan dari pembedahan repair masalah hernia boleh memberi kesan pada alat sulit lelaki
saya berumur 40 thn ,pada 5 thn yg lalu telah melakukan pembedahan kerana masalah hernia .setelah dari itu saya perasaan sy mengalami masalah ketegangan zakar.amt susah untuk dapatkan ketegangan sehingga sy perlu gunakan ubat PDE5 seperti Cialis dan Zydena.adakah pembedahan tersebut menjadi puncanya bagaimana saya nak pulihkan kembali

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Mati pucuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung, Diabetes, Obesiti, Kolesterol tinggi, Darah tinggi
Disebabkan anda telah menjalani pembedahan hernia, maklumat lebih lanjut berkaitan diperlukan seperti jenis pembedahan hernia, lokasi hernia dan sebagainya. Pembedahan hernia inguinal mempunyai risikonya tersendiri dan ini termasuklah kecederaan pada struktur seperti saraf ataupun saluran darah pada zakar. Anda perlu bertanya dan berbincang dengan pakar bedah anda sekiranya terdapat komplikasi semasa pembedahan tersebut.
Bagi mengatasi permasalahan ini, anda boleh lakukan langkah-langkah seperti berikut disamping mengambil ubatan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.