
ayunipauzi
2 tahun
Adakah kesan sampingan Obimin menunjukkan badan tidak serasi atau tidak boleh mengambil Obimin?
Saya telah mengalami keguguran pada pertengahan bulan April tahun ini dan pada 2 minggu yang lalu saya telah mengambil Obimin setelah disyorkan oleh pihak farmasi. Rutin saya adalah memakan sebiji Obimin pada pukul 11 pagi setiap hari. Akan tetapi saya akan merasa loya dan pening yang amat kuat setiap kali memakan Obimin. Adakah Obimin tidak sesuai untuk saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan obimin adalah loya dan muntah. Terdapat kemungkinan gejala yang anda hadapi adalah disebabkan oleh kesan sampingan obimin atau disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.