
Sulit
3 tahun
Adakah Kesan Sampingan Pesakit Thalesemia mngambil Vaksin
Hi Doc, sy ingin bertnya, Adakah Kesan Smpingan Selepas Vaksin Bgi Pesakit Thalesemia?? Effect Yg dpt selepas Vaksin tu ? Dn Sesuai Ke bgi yg ade Thalesemia Mengambil Vaksin?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan diberikan, anda ingin mengetahui kesan sampingan pesakit thalassemia mengambil vaksin, adakah ini betul? Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, pesakit thalassemia selamat untuk menerima vaksin COVID-19 melainkan mempunyai sejarah alahan kepada vaksin dan perlu memaklumkan sebelum menerima vaksin. Malah pesakit thalassemia digalakkan untuk menerima vaksin COVID-19 jika melepasi kriteria.
Setakat ini tiada kesan sampingan yang serius dan kesan sampingan yang boleh berlaku adalah ringan dan sementara sahaja.
Namun, tanpa perlindungan daripada vaksin, anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius jika dijangkiti COVID-19
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini