
Sulit
5 tahun
Adakah Kesan ubat boleh membuatkan upt negatif
Saya tengah on treatment ubat isoniazid selama 6bulan.baru2 ini saya mengalami sakit payudara dan juga puting payudara, dan merasakan Itu adalah petanda hamil walaupun belum missed period.tetapi ujian menunjukkan hasil negatif. Adakah kesan pengambilan ubat boleh memberi kesan kepada bacaan hcg?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat TB tidak mengganggu bacaan ujian kehamilan. Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda boleh ke klinik atau ke makmal swasta untuk mengambil ujian darah HCG. Sakit payudara boleh disebabkan oleh:
- Pembengkakan payudara akibat:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia (noncyclical)
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.