
Sulit
5 tahun
Adakah kitaran haid saya terganggu?
Hai doctor, saya nak bertanya, saya ada mengambil pil pencegah kehamilan iaitu pil postinor 2, saya telah mengambilnya sebanyak dua biji selepas melakukan hubungan intim tapi pada hari yang berbeza, adakah kitaran haid saya terganggu kerana, pada bulan pertama, haid saya datang seperti biasa pada 8/4/2020 tetapi kalini telah lewat dua hari, adakah itu akibat kesan postinor 2 yang saya ambil ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 2 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan (pil postinor boleh menyebabkan kesan sampingan mengubah kitaran haid)
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.