
Sulit
4 tahun
Adakah Kulit Kepala zakar dapat tumbuh kembali?
Doktor,saya nak tanya,Adakah kulit kepala zakar yang terhakis teruk sehingga sensitif akibat geseran dari kain yang kasar atau pemakaian seluar kasar akan berupaya untuk kulit kepala zakar tumbuh kembali?
Adakah kulit kepala zakar memang boleh tumbuh dengan sendirinya dan berapa lamakah ambil masa untuk kulit bergeser akan tumbuh semula ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kadar penyembuhan kulit zakar atau kulit secara am bergantung kepada beberapa faktor seperti kedalaman geseran atau kecederaan kulit, pengudaraan dan kelembapan, nutrisi dan status kesihatan seseorang.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya anda mempunyai masalah seperti yang disebutkan di dalam ruangan soalan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui panggilan telefon atau panggilan audio. Terima kasih.