
Sulit
3 tahun
Adakah Lignocaine Sterile Gel seperti jenama Axcel boleh disapu pada kemaluan lelaki?
saya mempunyai masalah tak tahan lama bila bersama pasangan. doktor menasihatkan saya untuk cuba menggunakan lidocaine untuk sapu pada kemaluan zakar saya bagi sedikit sebanyak membantu masalah tidak tahan lama tersebut. soalan saya, adakah lidocaine dan lignocaine sejenis yang sama iaitu untuk kebaskan tempat yang hendak disapu? saya menggunakan krim lidocaine yang diberikan doktor. setelah ianya habis digunakan, doktor menyarankan hanya boleh membelinya lagi di farmasi berdekatan. disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan produk krim lidocaine yang sama seperti yang telah diberikan doktor kepada saya sebelum ini, saya hanya mendapati produk lignocaine sterile gel yang ada di farmasi berdekatan dengan saya. soalan kedua saya, adakah boleh saya menggunakan Lignocaine Sterile Gel seperti jenama Axcel untuk menyapunya pada kemaluan zakar saya seperti mana saya menyapu produk krim lidocaine pada sebelum ini. oleh kerana sebelum ini saya menggunakan krim lidocaine, jadi saya agak khuatir sama ada dibolehkan juga untuk saya menggunakan lignocaine sterile gel? jika sebaliknya, bolehkah pihak doktor memberitahu dan menyarankan saya lidocaine yang macam mana yang boleh saya beli di farmasi agar mudah untuk saya mendapatkannya. harap pihak doktor dapat memberi pandangan dan penyelesaian kepada permasalahan saya sebagaimana yang dinyatakan. Terima Kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika anda boleh menggunakan Axcel lignociane sterile gel untuk masalah anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ubat lidocaine dan lignocaine merupakan ubat sama yang mempunyai nama lain. Ubat tersebut berfungsi sebagai ubat kebas. Anda boleh menggunakan ubat tersebut untuk membantu masalah anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk membantu anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.