
Anonymous
5 tahun
Adakah masalah haid saya series atau ianya normal?
Saya Atikah umur 20 tahun dan saya baru sahaja bernikah 5 bulan sya dan suami konsisten nak dapatkan anak tapi period saya pada bulan june berlarutan smpai blan july sya ada check darah/air kencing dan scan tp doktor ckap x dew apa2 dan dya suruh sya bt pap smear jika darah berhenti. Persoalannya adakah saya mengidap penyakit yg series?. Sbab darah saya belum berhenti smpai sekarang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip pada serviks atau rahim
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - gejala lain seperti sakit perut, hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.