
Sulit
4 tahun
Adakah normal najis berwarna kuning coco dan ada hitam sikit sikit setelah consume ubat sembelit?
saya lelaki berumur 24 tahun. Baru baru ini saya ada pergi ke klinik disebabkan sembelit dan kembung perut and possible adalah gastrik sebab perut selalu bunyi kruk kruk dan selalu sedawa dan buang angin setelah makan. Sekarang perut dh tak rasa kembung cuma kruk kruk still ada. Tapi bila buang air besar dalam air besar itu najis kuning koko bercampur hitam sedikit-sedikit. Adakah ini normal setelah consume ubat sembelit?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, najis berwarna kuning bercampur coklat ini boleh disebabkan oleh penghadaman yang tengah berlaku pada usus dan perut anda adalah sihat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.