illianaabdullah78
5 tahun
Adakah panadol menyebabkan najis berwarna hitam?
Saya berusia wanita berusia 41 tahun. Saya minum teh detox pada malam hari dan keesokkannya, najis sayaberwarna hitam, dalam masa yang sama saya ada mengambil panadol kerana seharian sakit kepala. Adakah panadol yang menyebabkan najis saya berwarna hitam?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ubat tersebut tidak menyebabkan kesan sampingan seperti najis berwarna hitam. Maklumat lanjut diperlukan untuk mengenalpasti punca masalah yang anda alami. Nakis berwarna hitam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pemakanan
- pendarahan dalam perut
- kesan sampingan ubat seperti iron
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































