
Sulit
4 tahun
Adakah pasangan saya berpotensi untuk hamil sekiranya saya memasukkan zakar ke bibir faraj pasangan tanpa mengeluarkan air mani? Dan dia telah lewat 5 hari utk mengalami haid
Saya telah memasukkan zakar saya ke dalam bibir faraj pasangan tetapi saya tidak melepaskan air mani ke dalamnya, tetapi pasangan saya sudah lambat 5 hari daripada tarikh biasa dia mengalami haid , perkara ini berlaku pada 6/1 iaitu 1 hari sebelum tarikh biasa dia haid, sehingga ke hari ini dia tidak mengalami haid, adakah pasangan saya hamil? Dan berapakah risiko untuk dia hamil?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sperma juga boleh terdapat dalam air mazi, jika anda mengeluarkan air mazi sewaktu hubungan seks, ia juga menyebabkan kehamilan. Tetapi selain kehamilan terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid pasangan anda lewat seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.