
Anonymous
6 tahun
Adakah patut saya ambik postinor 2?
saya sekarang dalam process menjarakkan kehamilan, dan memang rutin saya ambil sebiji pill yasmin. Kebetulan semalam dah cukup 21biji saya makan dan sepatutnya saya rehat untuk 7 hari. Saya ada bersama suami tanpa sebarang perlindungan dan last pill yasmin saya makan adalah pada 10.4.2019 pada pukul 5 pagi. Dan di jadikan cerita suami saya terbabas dan kami tiada sebarang perlindungan ketika itu. patutkah saya ambil pill kecemasan postinor 2 untuk elakan hamil?

6 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Memandangkan anda telah mengambil pil yasmin selama 21 hari, kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun setiap cara kontraseptif masih ada risiko kecil untuk tidak berjaya.
Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Anda boleh anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan kepastian tentang keperluan anda mnegambil kontraseptif tambahan. Terima kasih.