
Sulit
3 tahun
Adakah pedih ulu hati salah satu simptom long post covid19?
Sy wanita brumur 30y, menjadi bks pesakit covid (sudah hampir sbulan) categori 1 dimana tidak mempunyai gejala. Sebelum menbuat swab test, sy hilang deria bau shj tetapi hari ke 3 sudah ok deria bau sy.
Yg menjadi persoalan sy skrg, walaupun sy tiada simptom tapi sy ada gastrik/pedih ulu hati. Cuma sejak 3-4 hari ini sy senang utk mendapat pedih ulu hati. Dalam beberapa jam slepas mengambil ubat magnesium trisilicate baru pedih/panas tu akan hilang. Kdg2 sy rasa panas tu naik di bahagian tulang dada atas/kawasan breast. Sy juga tidak mengalami sesak nafas @ sakit dada. Heart rate pun masih dlm normal range. Cuma tak selesa sbb rasa panas/pedih dkt dada atas tu je. Tidur malam pun so far ok tiada masalah. Adakah ini pedih ulu hati ni salah satu simptom long post covid19? Dan normal ke pedih ulu hati terasa dkt kawasan atas breast?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mempunyai masalah gejala pedih hulu hati dan adakah ia berkaitan dengan long covid.
Untuk pengetahuan anda, ‘long COVID-19’ atau ‘post-COVID-19 syndrome’ adalah kondisi kesan COVID-19 berlarutan melebihi 4 minggu selepas diagnos dengan COVID-19.
Antara gejala-gejala yang sering dilaporkan adalah seperti:
- Keletihan
- Sesak nafas
- Batuk
- Sakit sendi
- Sakit dada
- Masalah peringatan dan daya fokus
- Sakit kepala
- Jantung berdegup laju
- Hilang deria rasa dan bau
- Kemurungan atau keresahan
- Demam
- Pening kepala
- Gatal badan
Namun gejala yang dialami setiap individu adalah berbeza-beza dan gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius .
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penilaian dan nasihat lebih lanjut dalam perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.