
Sulit
4 tahun
Adakah peluang untuk pregnant tinggi kalau makan pil perancang 2-3 hari sahja
Saya nak tnya doktor, perlu ke mkan pil perancang secara consistent kalau bersama dgn teman saya hnya sekali dua sahaja … saya Taknak ade anak, jadi bole ke Kalau saya makan pil perancang 3-5 hari sahaja berkesan ke pil tersebut ? So saya Tak perlu la habiskan selama 21 hri… kesimpulannya saya nak tahu berkesan ke pil perancang tersebut kalau mkan 3-5 hari sahaja ? Sebab saya Tak nak ade anak lagi …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, untuk keberkesanan perlindungan daripada mendapat potensi hamil, cara makan pil perancang kehamilan haruslah tepat. Hal ini kerana ianya berhubung kait dengan hormon dalam badan anda yang perlu dikawal mengikut masa yang telah dikhususkan berdasarkan jenis pil perancang untuk mencegah kehamilan.
Sekiranya memakan pil perancang adalah sukar bagi anda, anda boleh mencuba kaedah perancangan yang lain seperti kaedah memakai kondom, suntikan hormon ataupun intrauterine device (IUD). Namun, pelaksanaan kaedah lain harus mendapat pemeriksaan susulan daripada doktor sebelum ianya boleh digunakan. Ini berikutan dengan kondisi kesihatan anda harus diperiksa terlebih dahulu.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih