
Sulit
4 tahun
Adakah pening kepala, sakit perut dan rasa nak muntah tanda ubat itu berkesan?
Hye Assalamualaikum, saya Naddya, saya dan suami ada melakukan seks, tapi suami saya tidak memakai kondom dan saya taknak mengandung lagi kerana anak kami baru berusia 3 tahun, kami juga masih tiada perancangan untuk menambah cahaya mata, tapi saya ada terdengar dari kawan saya tentang pil morning after pil, ubat tu perlukah saya ambil setelah sahaja melakukan seks atau pun saya perlu ambil selepas 3 hari melakukan seks? Dan adakah sakit perut, rasa nak muntah dan pening kepala tanda ubat itu berkesan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancang kecemasan atau morning after pill digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama selepas melakukan seks tanpa perlindungan, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Sekiranya anda makan setelah 3 hari berhubungan, tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Jadi anda perlu mengambil pil perancang kecemasan setelah melakukan seks tanpa perlindungan. Gejala yang anda alami kemungkinan disebabkan kesan sampingan daripada ubat tersebut. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat yang lebih sesuai dengan anda.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Sekiranya anda mengalami kesan sampingan sehingga mengganggu akiviti seharian anda, adalah lebih baik anda merujuk perkara ini kepada doktor. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih