
Sulit
4 tahun
Adakah postinor berkesan
Adakah postinor berkesan untuk mengekang/menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan seks pada tempoh ovulation?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Ubat yang anda ambil adalah pil perancang kecemasan dan ia berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.
Dos pertama perlu diambil secepat mungkin selepas melakukan hubungan, kurang daripada 72 jam. Dos kedua perlu diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Semakin lambat anda mengambil dos pertama selepas bersama semakin kurang keberkesanannya, dan ianya tidak berguna jika diambil selepas 72 jam.
Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan ini boleh didapati di bawah.
- Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada ia berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Mengambil dos pil kontraseptif kecemasan secara berlebihan dalam sesuatu masa tidak akan menjadikannya lebih berkesan.
- Jangan ambil 2 pil pada masa yang sama
Untuk makluman anda, setelah mengambil pil perancang kecemasan tersebut, anda akan tahu ia telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal. Anda disarankan untuk pergi ke klinik atau konsultasi dengan doktor sekiranya anda:
- Jika haid anda datang lewat melebihi 5 hari atau kelihatan luar biasa seperti terlalu banyak atau kemerahan terang.
- Jika anda masih bimbang bahawa anda mengandung.
- Sekiranya anda mengalami sakit yang mendadak atau tidak rasa selesa pada bahagian perut dibawah dan haid datang lewat.
- Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan anda atau inign tahu mengenai kaedah kontrasepsi yang paling sesuai untuk anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi