
Sulit
5 tahun
Adakah postinor dapat mengelakkan daripada termengandung lagi
Saya umur 25 tahun. Dan jarang sahaja melalukan hubungan kelamin. Disini saya terasa sedikit waswas, sebab takut hamil lagi kerana menjalinkan hubungan kelamin tanpa selindung. Saya telah ambil postinor 2 selepas melakukan hubungan kelamin pada 21/1 pada 12.30am untuk dos yang pertama. Dan dos yang kedua 12 jam selepas ambil dos yng pertama. Dan pada malam 22/1 sy telah menjalinkan sekali lagi hubungan kelamin dengan suami tanpa selindung. Dan pada waktu yang sama saya mengalami ovulasi. Adakah, postinor yang saya ambil tu dapat membantu sy utk mengelak daripada hamil??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui bahawa Postinor tidak mampu mencegah kehamilan akibat persetubuhan setelah pemakanan Postinor.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.