
Sulit
3 tahun
Adakah priod tetapi hamil
Saya lambat datang bulan selama 7 hari , pada hari ketujuh saya datang bulan cuma sehari. Pada hari ketiga selepas hari datang bulan saya buat ujian kehamilan di rumah mendapati “double line” yg terang. Sebelum datang bulan saya sudah rasa mual dan tak sedap badan. Apakah saya benar2 hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid tidak datang
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Berdasarkan kepada pernyataan anda di atas, anda mengalami beberapa tanda-tanda awal kehamilan. Darah yang keluar tersebut boleh jadi perdarahan spotting akibat implantasi.
Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit serta perlu melakukan pemeriksaan fizikal kepada anda sebelum boleh membuat rumusan tentang masalah anda.
Namun, untuk mendapatkan kepastian, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan