
Sulit
3 tahun
Adakah rakan saya mempunyai masalah mental?
hi doktor, saya ingin menyatakan tentang tingkah laku kawan baik saya, dia suka menyakiti haiwan, seolah tiada hati perut, dia juga suka mengambil kesempatan terhadap masalah orang lain, suka manipulate keadaan demi kepentingan dia sendiri, hanya saya sahaja yang tahu perkara ini kerana saya mengenalinya sangat lama dan sangat rapat, tetapi, apabila didepan orang lain, dia tidak nampak seperti apa yang saya nyatakan, dia nampak seperti seorang yang innocent, baik, friendly, saya risau keadaan ini, adakah saya sebagai kawan baik dia boleh merisikokan diri saya sendiri? apa yang patut saya lakukan doktor? saya mahu menyuruh dia berjumpa pakar psikologi takut terasa pula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan terangkan anda, gejala rakan anda tersebut tidak semestinya masalah mental, namun ia juga boleh disebab oleh masalah seperti gangguan tingkah laku, kecelaruan personaliti, mania dan selainnya. Untuk mengetahui punca penyebab masalah rakan anda, anda perlulah merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Untuk makluman anda, rakan anda juga boleh mencubakan beberapa cara berikut untuk menyenangkan masalahnya, iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.