
Sulit
4 tahun
Adakah rawatan chalazion hanya disediakan di klinik swasta? Jika disediakan di klinik biasa dan hospital besar adakah mengambil masa yang agak lama?
Hai saya ingin bertanya adakah rawatan chalazion disediakan di klinik2 1 malaysia yang biasa dan juga hospital besar ataupun adakah rawatana ini hanya ada di klinik swasta saya bertanya kerana kos di klinik swasta agak berkemungkinan agak mahal tetapi saya juga urgent utk melakukan rawatan ini.

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Chalazion ataupun ketumbit adalah jangkitan di folikel bulu mata. Simptom ketumbit ialah tiada kesakitan pada bahagian ketumbit tersebut, kemerah-merahan dan keradangan kulit, dan mata rasa seperti berbiji. Namun begitu ketumbit selalunya akan sembuh dalam masa seminggu tetapi ada juga komplikasi di mana jangkitan tersebut merebak pada bahagian lain kelopak mata.
Rawatan ketumbit boleh dilakukan di mana-mana klinik berdekatan. Tetapi rawatan bergantung pada keterukan chalazion tersebut. Antara rawatan yang boleh dilakukan di klinik adalah:
- ubat antibiotik
- ointment antibiotik
- ubat untuk kurangkan keradangan dan bengkak
Sakit mata mudah terjadi? Jangan biar ia menganggu anda
Walaubagaimanapun, jika ketumbit tersebut teruk melalui pemeriksaan doktor, mungkin perlukan rawatan incision and drainage, dimana doktor akan melakukan pembedahan kecil di bahagian ketumbit.
Saya sarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapat diagnosis yang tepat supaya dapat rawatan yang sepatutnya. Anda juga boleh klik (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian secara peribadi. Terima kasih.
Pakar mata sedia membantu untuk mengenal pasti masalah anda.