
Sulit
4 tahun
Adakah refluks atau asma
Saya berumur 25 tahun,Jumpa doktor pada 26/10/2020 sebab susah nafas. Simptom yang ada cuma susah nafas and macam rasa tercekik.sudah dilakukan ecg dan ujian darah juga normal cuma nadi saya 53 detik. Kemudian doktor cakap mungkin refluks, bagi ubat mixture magnesium trisilicate (15ml 3x), metoclopramide 10mg (1 tablet 3x) dan omeprazole 20mg capsule (2 capsule 1x). Selepas satu minggu dan ubat habis, susah nafas itu masih ada, pada hari Isnin 2/11/2020, saya telah pergi klinik semula dan doktor cakap mungkin asma sebab ubat yang diberi sebelum ni tidak berkesan. Saya telah mengambil inhaler salbutamol sulfate (2 puff) dan susah nafas saya berkurang. Persoalan saya, apakah saya mengidap asma dan bukannya refluks? (Saya ada sejarah serangan asma yang teruk sewaktu kecil) dan apakah kesan sekiranya ubat asma diambil ketika refluks?( E.g kaki jadi kejang? Atau perut jadi sakit? Atau tangan jadi kebas?). Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Asma atau refluks?
Bagi mengetahui keadaan yang sebenar - apakah (Gastro Esophageal Reflux Disease) GERD atau asma - ia memerlukan pemeriksaan yang lebih terperinci, walaubagaimanapun secara umumnya, kedua-dua penyakit mempunyai simptom yang mirip antara satu sama yang lain.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Kesan sekiranya ubat asma diambil ketika refluks?
Tiada kaitan secara langsung antara pengubatan asma dan refluks selagi mana lidah dan esofagus berfungsi dengan baik. Namun yang demikian, pemeriksaan lanjut ke dokter pakar amat digalakkan sekiranya gejala tersebut berterusan.
Seperti yang anda sedia maklum, terdapat side effect daripada beberapa jenis ubat yang harus diketahui oleh para pesakit. Khusus bagi pengubatan salbutamol, terdapat side effect seperti:
- pening kepala
- berdebar atau perasaan cemas yang berlebihan
- batuk
- tidak boleh tidur
Bagi pengobatan GERD adalah seperti:
- sakit perut
- gelisah
- gatal-gatal pada kulit
- mengantuk
Maka anda disarankan untuk menghubungi mana-mana klinik atau hospital sekiranya mengalami gejala-gejala tersebut.
Anda juga boleh berhubung dengan pihak kami secara langsung di atas talian dengan menggunakan link yang tertera. ( DoctorOnCall ) Bagi mendapatkan info yang lebih terperinci.