
airaafi
5 tahun
Adakah sakit dada dan sakit belakang merupakan salah satu gejala Coronation
Saya telah pulang dari Singapura 13 hari yang lalu, tetapi pada hari ini saya merasa sakit di bahagian belakang dan dada saya ketika bernafas, tetapi bukan berpanjangan,ianya jarang-jarang. Sebelum ke Singapura, saya telah batuk tetapi batuk saya itu beransur pulih dan saya tidak demam, sakit tekak atau selsema. Sepanjang tempoh 13 hari ini juga saya mengambil bacaan suhu badan saya dan suhu tersebut tidak melebihi 36.9 .Adakah sakit belakang dan dada saya itu merupakan gejala Covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sakit dada dan sakit belakang bukanlah gejala corona virus. Gejala jangkitan virus ini adalah seperti berikut:
- demam
- kesukaran bernafas
- batuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini