
Sulit
4 tahun
Adakah saya berisiko terkena hiv
Pada bln september 2018 saya ada melakukan hubungan seks dengan pekerja seks tanpa komdom.Pada ketika itu saya telah melepaskn sperma saya kedalam farajnya.Ketika itu juga kemaluan saya mungkin ado sedikit luka kerana saya baru memotong bulu kemaluan saya.Saya telah menjalani ujian hiv test kit yg saya beli dari shope sebanyak 2 kali selepas 6bln dan 1 thn dari seks yang saya lakukan. Pada awl thn ini saya juga ada melakukan hiv test di klinik kesihatan dan kesemuanya negative…namun pada penghujung bln febuari ini saya mengalami bengkak tonsil bernanah dan dalam masa satu mingu saya pulih dari bengkak tonsil itu namun kini saya kembali mengalami jangkitan bengkak tonsil sperti sblom ini dlm tempoh kurang 3 bln…adakah saya masih terdedah lg kepada jangkitan hiv selepas 3 kali saya lakukan ujian hiv tp result negative

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan tonsil
- keradangan anak tekak
- peritonsilar abses
- abses mulut
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk menjalankan pemeriksaan. Pasangan yang menjalankan hubungan kelamin dengan anda juga digalakkan untk berjumpa dengan doktor. Doktor akan menjalankan ujian HIV serta ujian lain untuk mengesan sebarang jangkitan kelamin.