Sulit

3 tahun

Adakah saya boleh dikategorikan pesakit darah tinggi

untuk makluman doktor, saya telah melahirkan anak ke 4 bulan april baru2 ini, dan menjadi kerunsingan saya adalah bacaan bp saya amat tinggi selepas sebulan melahirkan iaitu 167/98, 143/82 dan selepas sebulan bacaan paling rendah adalah 134/89…saya tdk mengalami sebarang simptom pening cuma dada terasa seperti terkena renjatan elektrik sekali sekala…apa yang perlu saya buat adakah saya dikategorikan pesakit darah tinggi dan perlu bergantung pada ubat selepas ini…umur saya 39 tahun…

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah sistolik >140 mmHg dan/atau tekanan darah diastolik >90 mmHg. Darah tinggi semasa mengandung memerlukan pemerhatian dan rawatan yang rapi. Wanita hamil berisiko tinggi untuk mengalami masalah pra-eklampsia atau eklampsia (sawan).

Ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan otak, masalah pendarahan dan kemudaratan kepada janin.

Teori kenapa sesetengah wanita yang sihat boleh mengalami masalah darah tinggi semasa mengandung:

  1. Masalah mungkin semasa bahagian plasenta (uri) berkembang pada peringkat awal kehamilan.
  2. Mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana badan ibu bertindak balas terhadap plasenta.

Salah satu faktor risiko adalah faktor genetik. Lebih ramai wanita Asia yang mengalami masalah darah tinggi semasa mengandung.

Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko darah tinggi semasa mengandung termasuk wanita berumur 40 tahun dan ke atas, obes atau berat badan berlebihan, sejarah darah tinggi akibat mengandung di kalangan ahli keluarga, kandungan pertama, kandungan kembar, tempoh antara kandungan yang lama dan penyakit lain seperti darah tinggi sedia ada, kencing manis dan penyakit buah pinggang.

Darah tinggi yang sedia ada selalunya dikesan pada peringkat awal kehamilan (sebelum 20 minggu), manakala darah tinggi akibat mengandung lazimnya berlaku pada separuh terakhir kehamilan (selepas 20 minggu) sehingga 6 minggu selepas bersalin. Sesetengah wanita pula kekal dengan tekanan darah yang tinggi walaupun mereka sudah bersalin. Oleh itu. Pemeriksaan berkenaan dengan tekanan darah tinggi anda perlu untuk dilakukan bagi menentukan sama ada anda mengalami masalah ini walaupun setelah bersalin ataupun tidak.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

sakit-kepala-sebelah-kanan

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)