
Sulit
4 tahun
Adakah saya boleh mengandung atau apa apa terjadi apabila mengambil pil
hii, 30hb haritu saya telah melakukan hubungan sex, dia memakai condom dan terpancut didalam condom pastu dia lap sampai kering dibahagian dick dan sekitarnya sehingga kering pastu menyarungkann condom yang baru tapi saya masih takut dan mengambil pill postinor dan memakannya mengikut saranan yang ditetapkan, saya last period 25 dan jenis period saya jenis hujung bulan adakah saya boleh mengandung?i

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk makluman anda, dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Memang masih terdapat kemungkinan untuk anda hamil namun ianya adalah tipis. Sekiranya anda mengalami gejala hamil atau lewat haid, anda boleh memeriksa menggunakan UPT atau ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.