Anonymous
6 tahun
Adakah saya boleh mengandung
Saya berumur 20’an saya ada soalan saya dan juga suami saya baru sahaja berkahwin dan belum lagi terfikir untuk mendapat anak , jadi saya dan suami saya telah mengambil keputusan untuk mengunakan kondom tp kondom tersebut telah terlucutt dan selapas kejadian itu saya telah mengambil pil perancang adakah saya bolehh hamill walaupon saya telah makan pil tersebut
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memerlukan maklumat tambahan tentang pil apakah yang diambil oleh anda. Sekiranya ianya ialah pil postinor maka cara pengambilan postinor adalah pil pertama dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Ini bermaksud ia boleh diambil dalam tempoh sebaik sahaja melakukan hubungan hingga 72 jam selepas itu.
Namun sebaiknya ia diambil sebaik sahaja selepas hubungan seksual dan lebih awal ia diambil, lebih tinggi keberkesanannya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih



































