
Sulit
4 tahun
Adakah saya boleh push up kerana saya pernah mengalami patah tangan di bahagian lengan kiri saya sewaktu berumur 13 tahun namun sekarang saya sudah 15 tahun
saya ingin bertanya kepada doktor.saya bekas pesakit patah tangan sebelah kiri pada 2 tahun yang lalu sewaktu saya berumur 13 tahun…namun sekarang saya berumur 15 tahun…adakah saya mampu melakukan push up dan olahraga lain ataupun saya tidak mampu lagi…kerana tangan saya bengkok …tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, proses penyembuhan tulang berbeza-beza mengikut individu mulai 4 minggu hingga 1 tahun bergantung pada tahap keparahan dan lokasi patah tulang. Memandangkan sudah 2 tahun sejarah anda mengalami tangan patah, serta apabila tulang yang patah telah sembuh dan tersambung sempurna, tidak ada had atau batasan untuk anda jika ingin melakukan senaman seprti push-up. Namun, jika tulang anda belum bersambung dengan sempurna seperti masih ada rasa sakit pada tangan, sebaiknya anda menunda senaman berat dan melakukan latihan-latihan ringan terlebih dahulu. Untuk kepastian dan kesimpulan yang sempurna, pemeriksaan tambahan perlu dijalankan seperti pemeriksaan radiologi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan kondisi tangan anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!