
Sulit
5 tahun
Adakah saya dijangkiti Sexual Transmitted Disease
Tahun lepas saya telah mengalami keluaran cairan kekuningan daripada zakar. Simptom berlarutan hampir sebulan, dan tiba tiba sudah tidak ada pengeluaran. Tetapi sekarang saya mula perasan ada pengeluaran cairan mukus di dubur, tidak berwarna tetapi sedikit hanyir. Apakah saya telah dijangkiti std?Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah mual selepas minum air masak. Untuk makluman pihak anda, masalah cecair lendir di najis ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- irritable bowel syndrome
- penyakit radang usus (irritable bowel disease)
- kanser usus (faktor genetik, usia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.