
Sulit
4 tahun
Adakah saya hamil atau tidak?
Saya wanita 20 an , baru baru ni saya menyentuh vagina saya dan mengeluarkan keputihan seperti susu , dan saya cuba google dan ia menyatakan itu tanda awal kehamilan , saya pun cuba untuk uji kehamilan tapi saya cuba kaedah menggunakan ubat gigi dan ianya berbuih lebih dari 20 minit, kerana ia menyatakan untuk tunggu sehingga 15 minit dan hika ia nya masih berbuih dan banyak buih bermakna saya hamil . Saya macam tak percaya dan esoknya saya membeli pregnancy test jenis casette , dan saya mencuba pada awal pagi ni , tetapi ianya negatif . Adakah betul saya tidak hamil atau mungkin test tersebut belum boleh baca , saya keliru kerana saya tak mahu ke klinik takut ianya sia sia .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Pertama sekali, anda disarankan untuk tidak lagi mengulangi menjalani ujian kehamilan menggunakan ubat gigi kerana kaedah tersebut tidak akan mendapatkan keputusan yang betul dan hanyalah mitos. Cara untuk mengetahui anda hamil adalah hanya dengan menggunakan ujian kehamilan “test kit”.
Untuk pengetahuan anda, keputihan yang dialami anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi. Ini adalah normal dan tidak berbahaya. Kebanyakan wanita memakai liner seperti pad kecil bagi mengatasi situasi keputuihan fisiologi.
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Untuk menjawab persoalan anda, keputihan bukan tanda awal kehamilan. Berikut merupakan tanda-tanda hamil yang disahkan:
- Haid tidak datang
- Payu dara sakit dan bengkak
- Loya dan muntah-muntah
- Kerap kencing
- Keletihan
- Darah haid kebocoran
- Perut masuk angin
- Perubahan emosi
- Senggugut
- Lebih sensitif kepada deria bau dan rasa.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagi mengurangkan masalah yang dihadapi anda, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Penggunakan pelapik pakaian dalam “panty liner”
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
- Rawatan seperti krim anti kulat boleh diambil atas nasihat doktor sekiranya perlu.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.