
Sulit
4 tahun
Adakah saya hamil? Suka makan nasi goreng
Doktor, saya dapati saya sekarang lebih suka makan nasi goreng? Adakah ini petanda saya hamil kerana saya masih tak bersedia
Saya seorang perempuan berumur 27 tahun. Saya baru berkahwin satu tahun lepas. Saya bersama dengan suami 2 hari lepas dan saya dapati haid saya lewat. Saya mula syak yang saya mengandung. Namun, saya masih tidak bersedia kerana saya mementingkan kerjaya saya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami ucapkan tahniah atas perkahwinan anda. Untuk makluman anda, haid lewat bukan salah satu perkara sahaja yang akan terjadi jika anda hamil dan tidak sepatutnya menjadi kayu ukur untuk mengesahkan anda mengandung.
Kami rumuskan anda suka makan nasi goreng hanyalah kerana anda lapar dan lebih suka memakan nasi goreng. Tanda-tanda awal kehamilan tidak merangkumi menjadi lebih suka memakan sesuatu jenis makanan.
Untuk makluman anda, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti:
- Haid Lewat Atau Tidak Datang Haid
- Mual Loya Atau Muntah
- Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
- Kerap Kencing
- Deria Bau Lebih Sensitif
- Pendarahan kecil
- Keputihan
- Perubahan selera makan
- Keletihan
Akan tetapi, untuk memastikan bahawa anda hamil atau tidak, disarankan untuk anda membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) atau berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.