emybritin16
6 tahun
Adakah saya hamil?
Saya wanita berkahwin berumur 34tahun.saya telah lewat datang haid selama 10 hari. Sepanjang tempoh itu, saya mengalami tanda2 hamil seperti perut terasa kembung, kerap sendawa, rasa lesu, rasa seakan2 demam. Pagi tadi saya perasaan ada tompokan yang sangat sedikit berwarna coklat melekat pada tisu. Saya fikirkan kemungkinan tanda saya akan period. Tapi sampai saat ini, period saya masih belum muncul. adakah itu tanda saya hamil atau memang saya nak period. Saya pernah mencuba check upt bebrapa hari lalu tapi keputusan negatif.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Jika anda mengesyaki anda hamil, sila klik pada link ini untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat. Anda disarankan untuk mengambil ujian tersebut pada waktu pagi dan sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu selepas lewat haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























