Sulit
5 tahun
Adakah saya mengalami gejala covid19
Batuk dalam 1minggu…tapi sekarang batuk dah ok… Cuma lepas batuk dah ok… Tekak rasa macam bengkak dan kadang-kadang susah bernafas dan mata kadang-kadang jadi kabur bila tarik nafas panjang
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Berdasarkan simptom demam, sakit badan dan batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda digalakkan untuk menjalani ujian COVID-19. Oleh kerana KKM memberi keutamaan kepada golongan yang tersebut, kami turut menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.





































