
Sulit
5 tahun
Adakah saya mengalami tanda2 demam denggi
hai saya nak tanya pada 25/04/2020 saya mula tiada selera makan dan akan loya dan mual bila melihat makanan. kadang2 saya juga ad beberapa kali muntah. sehingga sekarang tiada selera. Semalam 02/05/20 pada jam 7mlm sy tetiba demam mengejut sehingga menggigil dan beransur kurang apbila makan panadol activefast. selepas 2jam demam kebah saya sekali lg demam panas pada jam 11mlm dan berterusan sehingga sy mengambil ubat sekali lg. adakah saya mmpunyai tanda demam denggi kerana dari awal saya sentiasa letih dan sakit2 sendi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam adalah sangat umun dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Kebiasaannya deman boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital. Ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus biasa. Demam akan kebah selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu, sekiranya demam anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Demam denggi ialah demam yang melebihi tempoh 3 hari, mual/loya, muntah, sakit perut, sakit sendi, ada ruam, letih. Jika kawasan perumahan anda mempunyai kadar jangkitan denggi yang tinggi atau ada kes denggi, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.