Mashitah

6 tahun

Adakah saya menghidap kencing manis?

Saya berumur 18 thn dan saya tidak tahu samada sy mengalami masalah kencing manis atau penyakit lain. Sejak dua menjak ini saya kerap ke tandas terutama apabila minum air manis. Tetapi vagina sy juga kadang tidak selesa dan mengalami kegatalan. Sy pernah ke tandas dan rasa sakit di bawah perut tetapi ia jarang berlaku. Saya buntu doktor. Sy ingin melakukan check up tp terlalu tkut utk berbuat demikian

Hi. Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Kekerapan saudari ke tandas setelah mengambil minuman manis tidak semestinya menandakan saudari mengalami kencing manis. Ya, kekerapan membuang air kecil merupakan salah satu simptom diabetes, namun biasanya ia akan disertai oleh cepat dahaga, cepat lapar dan menjadi letih serta lesu. Sukar untuk saya membuat kesimpulan tanpa maklumat lanjut dan tanpa ujian paras gula dalam darah yang perlu dilakukan di klinik ataupun hospital.

Selain itu, ya, kegatalan pada kemaluan saudari boleh menjadi salah satu tanda yang saudari menghidap diabetes sekiranya terdapat tompok-tompok putih, bendalir dan bau yang kurang menyenangkan yang keluar daripadanya. Jangkitan kulat ini boleh menjadi salah satu penyebab kegatalan yang dihadapi saudari kerana ia berkait rapat dengan penyakit kencing manis.

Sakit di bawah perut pula boleh membawa banyak makna. Ia boleh merangkumi masalah pada usus, rahim, pangkal rahim, ovari, pundi kencing dan salur kencing. Maklumat yang saudari bekalkan ini tidak jelas untuk dibuat kesimpulan. Ini kerana ia memerlukan sesi soal jawab yang cukup, pemeriksaan fizikal dan penyiasatan bagi membolehkan diagnosis dicapai dengan tepat.

Oleh itu, saya menyarankan kepada saudari untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pertolongan doktor untuk kesejahteraan saudari.

Dr Ilias,

6 tahun

Salam sejahtera.

Saya akan cuba memberikan sedikit tentang informasi tentang masalah anda. Sememangnya pengambilan minuman manis mempunyai kesan diuretik yang boleh mengurangkan air yang diserap oleh buah pinggang anda, menyebabkan anda kencing dengan banyak.

Kekerapan pergi ke tandas ditakrifkan sebagai kencing sebanyak 7 kali dalam masa 24 jam walaupun minum sebanyak 2 litre air ataupun air yang diperlukan seharian. Selain jenis minuman yang anda minum, kekerapan kencing yang berlarutan menandakan kondisi seperti diabetes mellitus, diabetes insipidus, kehamilan ataupun masalah prostat.

Bagi anda berumur 18 tahun dan kencing banyak selepas minum air manis, ia adalah berkaitan dengan minuman anda. Kurangkan minuman manis kerana ia bukan sahaja meningkatkan risiko mendapat kecing manis pada masa depan, ia juga boleh menyebabkan obesiti.

Ketidakselesaan vagina anda mungkin disebabkan oleh vaginal candidiasis yang kerap berlaku dalam kalangan wanita. Ia adalah berkaitan dengan kitaran haid dan perubahan hormon dalam badan anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)