
Anonymous
5 tahun
Adakah saya mengidap penyakit hpv vagina?
Selamat petang doktor, saya wanita berumur 21 tahun. Saya belum berkahwin dan pernah mengadakan hubungan s**. Saya mengesyaki saya terkena jangkitan hpv genital. Dimana vagina saya sakit dan seperti terdapat biji2 kecil dia sekitar vagina. Saya kerap gatal dibahagian vagina dan saya kerap kencing. Bila disentuh biji2 itu saya merasa sakit. Boleh ka saya menggunakan pencuci wanita yg sesuai dgn ph vagina ? Atau bolehkah saya mencuci menggunakan air garam ? Kerana kegatalan dan sakit ini menggangu saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kegatalan kepada vagina dan masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Infeksi Virus HPV
Walaupun, gejala yang diberitahu mungkin membawa ke diagnosis penyakit HPV tetapi kami memerlukan maklumat tambahan dari pihak anda sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.