
Sulit
4 tahun
Adakah saya nak mengalami keguguran
saya berumur 39 thn ibu kpd 3 org anak pernah keguguran tahun 2017
sekatang sy pregnent 6 minggu 6 hari baru scan smlm kantung ada tp kosong ada keluar darah coklat selama 3 hari dan hari k 4 sy travel blk keluar darah merah cair dan sy test sekali lagi masih positive adakah saya nak mengalami keguguran

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk mengetahui jika anda mengalami keguguran, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan di mana-mana klinik berdekatan. Disebabkan kekurangan maklumat, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam masalah ini. Oleh itu, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan keadaan kehamilan anda.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan pendarahan yang anda alami seperti:
- Keguguran
- Kehamilan kembar
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan anggur
- Jangkitan pada saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.