
Sulit
5 tahun
Adakah saya perlu pergi ke hospital utk mendapatkan check up utk covid-19?
Saya wanita berumur 29 thn. Semenjak hari isnin hari iaitu 9/3, saya mulai berasa sakit tekak dan kadang2 sahaja berasa susah utk bernafas. Suhu badan saya juga normal 36.7C(check pagi ini) Saya sudah pergi utk check up di klinik swasta biasa dan doktor di sana mengatakan tekak saya hanya merah sedikit sahaja. Adakah saya perlu pergi check up di hospital kerajaan utk covid atau hanya tunggu dan lihat kesihatan sndri utk beberapa hari lagi?. Kawasan saya bekerja baru sahaja dpt positif pesakit covid-19 minggu lepas dan saya pergi ke kerja menggunakan train.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Namun begitu, menurut pandangan saya, anda boleh memantau dahulu simptom anda. Selain itu, anda juga harus memantau simptom lain seperti:
Batuk
Selsema
Demam
Sesak nafas
Sakit badan
Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah pencegahan seperti berikut, berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.:
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap anda akan cepat sembuh dan terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini