
Kadir
6 tahun
Adakah saya perlu ulang ujian HIV?
Doc pda awl bulan 4 2017 sya trdedah dgn aktiviti berisiko,smnggu lpastu sya test hiv (eclia test 4th gneretion n kputusan hiv ngetif … then after 6 month sya test kli kdua pda bulan 11 2017 (cmia 4 gneration) kputusan hiv ngetif … adakah sya bebas dri hiv dan xperlu ulang test lgi ??

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Ujian rapid test HIV merupakan sejenis ujian saringan untuk jangkitan HIV. Ujian ini akan mengesan antibodi kepada HIV di dalam badan kita. Jika seseorang itu baru terdedah kepada sumber jangkitan HIV, ujian saringan boleh memberi keputusan negatif walaupun seseorang itu telah menghidap jangkitan HIV. Hal ini demikian kerana antibodi kepada HIV boleh mengambil masa sehingga 4 minggu untuk dihasilkan. Oleh itu, anda perlu mengulangi ujian tersebut sebulan kemudian. Jika keputusan untuk kedua-dua kali ujian tersebut adalah negatif, maka anda tidak menghidap jangkitan HIV.
Untuk masa sekarang, tiada ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan HIV. Oleh itu, pencegahan adalah sangat penting. Untuk mengelakkan jangkitan HIV dan stres yang berlebihan di masa hadapan, anda digalakkan untuk mengamalkan hubungan seks yang selamat dengan menggunakan kondom dan menghindari hubungan seks bebas adalah sangat digalakkan. Elakkan penggunaan dadah dan amalkan gaya hidup yang sihat.