Sulit
5 tahun
Adakah saya perlu untuk melakukan ujian Covid-19
Hai, saya berumur 35 tahun. Sekarang ini saya mengalami pening kepala sedikit, badan sentiasa berpeluh, lenguh badan dan sendi, terasa letih, dan perut tidak sedap. Saya check suhu badan dan keputusannya saya tidak demam. Dari segi kontak, saya tidak pernah kontak dengan sesiapa yang positif covid-19 cuma seminggu lepas saya ada pergi pasar malam di sentul. Adakah saya perlu ke klinik kesihatan untuk buat ujian. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami kebimbangan anda tentang COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Keperluan menjalani ujian bergantung kepada risiko anda.
Anda berisiko tinggi untuk COVID-19 sekiranya anda mempunyai sejarah melancong ke negara-negara yang berisiko tinggi atau kontak rapat kepada pesait COVID-19.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































